Monday, November 14, 2016

BERITA SEMASA SPYSHOT: Kereta rasmi Presiden Trump berharga RM6.6 juta

cadillac-the-beast-spyshot-850x446-bm-630x331
Amerika Syarikat secara rasminya kini mempunyai presiden baru apabila Donald Trump memenangi pilihan raya yang diadakan. Sebaik mengangkat sumpah pada Januari 2017 nanti, beliau bukan setakat akan diberi hak untuk menduduki Oval Office di White House, tetapi juga akan menerima limosin baru.
Kereta di dalam gambar ini adalah pengganti kepada kereta berperisai Presiden Obama yang dipanggil sebagai ‘The Beast‘ dan dibuat oleh General Motors. Pembangunannya mengambil masa lebih daripada dua tahun dan walaupun dilihat menggunakan pelekat samaran (camouflage), ia berkemungkinan masih akan mempunyai lencana Cadillac yang melekat di gril hadapan kerana seperti diasaskan daripada model XT5. Turut boleh dilihat adalah lampu hadapan yang lebih nipis.
Walaupun diberikan perubahan pada bahagian luar, kenderaan ini berkemungkinan besar akan menggunakan tetapan tempat duduk 2+3+2 yang sama. Menurut laporan Autoweek, selain perisai pertahanan dan ciri keselamatan kecemasan, ‘Beast’ baru ini juga mungkin akan menggunakan suspensi adaptif. Perisainya boleh menahan bedilan rocket-propelled grenade (RPG) atau improvised explosive device (IED).
Sementara itu, Fox News melaporkan bahawa spesifikasi kenderaan ini dirahsiakan atas sebab yang jelas, tetapi akan duduk di atas platform trak kerja berat, dengan catatan berat antara 6,804 kg dan 9,072 kg. Kereta itu juga dikatakan berkos USD1.5 juta (RM6.6 juta) setiap satu, sementara kos pembangunan yang dibayar oleh GM pula adalah sekitar USD15.8 juta (RM69.5 juta).
Kereta ini dijangka membuat penampilan pertama semasa majlis angkat sumpah Trump sebagai presiden Amerika Syarikat yang ke 45 tahun hadapan.
sumber : paulan.org


Berminat Boleh hubungi no Yang diberi
‪#‎BUKA‬ 7 HARI
‪#‎ON‬ CALL 24/7
CONTACT : MR.FENDI : 0137045971
(Whatsapp / Sms/ Call)
Or visit our website http://www.FendiPro.com

No comments:

Post a Comment